Wednesday, December 30, 2009

PROGRAM JALINAN RAKYAT & DAFTAR PEMILIH
Program Jalinan Rakyat dan Daftar Pemilih telah diadakan pada 29 Disember 2009 bertempat di Dewan Abdul Malik Alwi jam mula pada 2.30 petang. Seramai lebih kurang 150 orang telah menghadiri program ini yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor dengan dibantu oleh Umno Cawangan Kampung Trosor.
Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Wanita Umno Bahagian, Naib Ketua Wanita Umno Bahagian bersama sama dengan AJK Wanita Umno Bahagian dan AJK Puteri Umno Bahagian. Pelbagai acara telah diadakan antaranya boling buah kelapa, Tiup belon, acara mumia dan sebagainya serta juga telah diadakan kaunter DAFTAR PEMILIH untuk penduduk Kampung Trosor yang belum berdaftar dengan SPR.

Semoga dengan adanya program sebegini dapatlah kita bersama-sama rakyat beramah mesra dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan penduduk kampung Trosor dan pemimpin-pemimpin di Bahagian.
UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan syabas dan tahniah atas program yang dianjurkan oleh Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor.

Acara Tiup Belon


Antara orang kuat Wanita Umno Kampung Trosor

Orang2 kuat wanita Umno


Acara Boling Padang





Acara mumia



Wakil Umno Bahagian (En. Abdul Wahedd)


Pertandingan Gubahan Kuih Muih






Kuanter daftar Pemilih


Ketua Wanita Umno Bahagian ( Pn. Sharifah Tamin )


( Kak Roo pun Ada bersama-sama program ini )

( Kelihatan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Changkat Limau- En HAMIRI bersama-sama Puteri Umno dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian di kaunter daftar pemilih )

No comments:

Post a Comment