Sunday, January 3, 2010

GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA
Satu majlis gotong royong memasak bubuk asyura telah diadakan di perkarangan Surau Putih Ismail pada jam mula 8.00 pagi pada 03 Januari 2010 sempena sambutan Awal Muharam. Sebanyak hampir lebih kurang RM1,000 telah berjaya dikutip hasil sumbangan penduduk kampung Trosor.

Diharap pada masa-masa yang akan datang program ini dapat menarik seberapa ramai golongan muda dalam gotong royong memasak bubur asyura ini. Kurang-kurang pun dapatlah mereka-mereka ini belajar dan mewariskan masakan tradisi ini kepada mereka.


Kelihatan Penghulu Mukim Pulau Kemiri ( Baju oren ) turut hadir

Ketua Kampung ( En Mahalil - tanpa topi ) juga hadir memeriahkan majlis

No comments:

Post a Comment