Tuesday, December 8, 2009

1=masjid= 1=gereja, 1=kuil (tak sedar lagi orang melayu islam.. )




1Malaysia bererti 1-Masjid perlu didirikan 1-kuil untuk agama Hindu dan Buddha, 1- Gereja. Itu kata Ahli Parlimen DAP Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming.

Kerajaan Barisan Nasional hanya menipu rakyat apabila melancarkan slogan 1Malaysia sedangkan pembinaan rumah ibadah diutamakan kepada orang Islam sahaja. Menurut Nga, dalam masa lapan tahun bermula tahun 2000, peruntukan kerajaan memihak kepada orang Islam terutama mendirikan 611 buah masjid yang menelan belanja kira-kira RM748.26 juta. Nga mempersoalkan kenapa rumah ibadah lain gagal didirikan dalam tempoh yang sama!

Nga menegaskan, ‘‘bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

Bukti ketidakadilan dalam masa lima tahun, bermula 2000, peruntukan sebanyak RM9 juta sahaja untuk mendirikan pelbagai rumah ibadah bukan Islam yang meliputi 1.2 peratus perbelanjaan untuk tujuan berkenaan.

Alasan Nga ialah, semua rakyat Malaysia membayar cukai, kenapa rumah ibadah agama lain di Malaysia tidak boleh menjadi 1=masjid= 1=gereja, 1=kuil. Itulah keadilan dalam bidang agama yang tidak dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

Nga yang terkenal sebagai 'ulama DAP' dan pernah mendapat sokongan Nik Aziz mengenai perihal orang kafir membaca al-Quran dibenarkan, kini menuntut supaya kerajaan melaksanakan dasar adil untuk peruntukan rumah agama di Malaysia. Alasannya, semua orang percaya kepada Tuhan, kenapa BN perlu mendiskriminasi Tuhan Buddha, Tuhan Kristian dan Tuhan Hindhu.

abe MIE- Sokong Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang tidak sanggup menjadi balaci DAP. Nik Aziz pula pernah memberitahu, 'Allah for All' dan Khalid Samad (PAS Shah Alam) menyuruh kita bertolak ansur dalam bidang agama. Selepas ini kita ikhtiraf Malaysia sebagai negara Serambi Turki walalupun kini ekonomi Malaysia kini menjadi Serambi Singapura.

No comments:

Post a Comment