Wednesday, December 30, 2009

PROGRAM JALINAN RAKYAT & DAFTAR PEMILIH
Program Jalinan Rakyat dan Daftar Pemilih telah diadakan pada 29 Disember 2009 bertempat di Dewan Abdul Malik Alwi jam mula pada 2.30 petang. Seramai lebih kurang 150 orang telah menghadiri program ini yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor dengan dibantu oleh Umno Cawangan Kampung Trosor.
Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Wanita Umno Bahagian, Naib Ketua Wanita Umno Bahagian bersama sama dengan AJK Wanita Umno Bahagian dan AJK Puteri Umno Bahagian. Pelbagai acara telah diadakan antaranya boling buah kelapa, Tiup belon, acara mumia dan sebagainya serta juga telah diadakan kaunter DAFTAR PEMILIH untuk penduduk Kampung Trosor yang belum berdaftar dengan SPR.

Semoga dengan adanya program sebegini dapatlah kita bersama-sama rakyat beramah mesra dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan penduduk kampung Trosor dan pemimpin-pemimpin di Bahagian.
UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan syabas dan tahniah atas program yang dianjurkan oleh Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor.

Acara Tiup Belon


Antara orang kuat Wanita Umno Kampung Trosor

Orang2 kuat wanita Umno


Acara Boling Padang





Acara mumia



Wakil Umno Bahagian (En. Abdul Wahedd)


Pertandingan Gubahan Kuih Muih






Kuanter daftar Pemilih


Ketua Wanita Umno Bahagian ( Pn. Sharifah Tamin )


( Kak Roo pun Ada bersama-sama program ini )

( Kelihatan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Changkat Limau- En HAMIRI bersama-sama Puteri Umno dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian di kaunter daftar pemilih )

Monday, December 28, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga kampung trosor tidak kira tua,muda dan sebagai nya.. marilah kita menghadapi tahun baru dengan keazaman yang baharu dan mempereratkan lagi silaturrahim antara kita. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita aman dan damai dari segala bentuk ancaman...

Sunday, December 27, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan selamat pegantin baru kepada adik perempuan Sdr. Megat Munawar b Megat Abdul Aziz (Cikgu Nuar-Bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Trosor ) pada 26 disember 2009 yang lalu. Moga majlis ini direstui Allah S.w.t dan diucapkan kekal sehingga ke anak cucu..
PEMERGIAN SEORANG PEMIMPIN



Pada 25 disember 2009, Penduduk kampung trosor telah kehilangan seorang pemimpin masyarakat pada jam 5.00 pagi di hospital sungai siput.Tuan Haji Yaakob b. Itam Idris telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat 25 disember 2009 yang lalu. Arwah merupakan seorang Timbalan Ketua Umno Cawangan dan bekas ketua kampung trosor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman dan soleh. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan surah al-fatihah kepada arwah. AL-FATIHAH...

Tuesday, December 15, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431



SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431

Kepada
Semua Pengunjung blog, sahabat dan kenalan semuanya, semuga
ceria dan bahagia selalu hendaknya.
Buat semua umat Islam, semoga tahun baru 1431 hijrah ini mengukuhkan keimanan,
dimurahkan rezeki & dilimpahkan keberkatan, menambahkan nilai-nilai pengorbanan,
persahabatan, setiakawan, cintakan agama serta berjihad kerana Allah

Semoga Allah menyekat segala perbuatan jahat yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka yang zalim di kalangan manusia, jin dan syaitan. Dengan itu amalan rasuah dan fitnah akan dapat dikurangkan, selepas itu dapatlah kita berkongsi khazanah Malaysia yang kaya raya ini dengan adil dan saksama.

Di dalam kehidupan manusia di dunia, khasnya di Malaysia. Sesungguhnya kita memerlukan kesanggupan untuk berkongsi kesusahan dan kesenangan, tanpa sifat ini kehidupan generasi akan datang akan melalui laluan yang sukar dan susah .

Kiranya kita hanya berebut-berebut untuk memenuhi tembolok dan perut masing-masing, akhirnya nanti yang di dalam perut akan pecah terburai dan yang di dalam tembolok akan terpancut keluar menjadi bahan semburan yang kotor dan jijik ke atas anak-anak dan generasi yang akan datang.

Jika bersyukur Allah akan menambah dan melimpahkan lagi rezeki-Nya, bersyukur dalam arti kata sentiasa mematuhi dan merujuk kepada al.Quran dan as.Sunnah

Monday, December 14, 2009

MALAYSIA MENUJU REPUBLIK ? ? ? ? ?

Awang Selamat...

Mingguan Malaysia ( 13 / 12 / 2009 )

Mengapa konsep ketuanan melayu yang tidak dilaung-laungkan oleh masyarakat melayu kebelakangan ini dijadikan isu oleh DAP???
Apakah ia sebagai satu lagi strategi untuk menutup banyak kepincangan pembangkang dan menjelang perbicaraan kes liwat Anwar ibrahim, yang awang lebih condong percaya begitu..

Semua tahu bahawa DAP amat memerlukan Anwar bagi memecahkan struktur melayu yang menjadi pasak negara ini.



Selepas menyerang biro tata negara, parti itu mencetuskan sekali lagi isu ketuanan melayu. Hujahnya tetap sama kononnya ketuanan melayu tidak adil dan menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah naib pengerusi DAP, m.kulasegaran menyatakan dia akan terus membangkitkan isu itu sampai bila-bila dan tidak takut dengan sesiapa pun.



Sudah banyak kali awang perjelaskan bahawa ketuanan melayu tidak pernah menjadikan melayu tuan dan bukan melayu sebagai hamba. Ketuanan melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan raja-raja melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama islam, istiadat melayu dan bahasa melayu. Ketuanan melayu bersandarkan perlembagaan negara. Apakah para pemimpin DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysia-Malaysian kini menolak kedudukan raja-raja dan mahu menjadikan Malaysia negara republik?????

Tetapi disebabkan rasa terdesak DAP kerana perkembangan politik tidak memihak kepada pembangkang, banyak perkara tersirat sudah menjadi tersurat. Semakin banyak petunjuk memperlihatkan persiapan DAP begitu sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan.



Tindakan seorang lagi pemimpin DAP, Nga kor ming mempersoalkan peruntukan pembinaan banyak masjid berbanding rumah ibadat lain, adalah satu lagi cubaan untuk menafikan kedudukan islam sebagai agama rasmi. ( ia sebenarnya selari dengan pendirian para pemimpin parti berkenaan yang menolak malaysia sebagai negara islam ).









Kenyataan Kor ming memang melampau !!!! dan tidak boleh diterima sama sekali. Begitu juga cadangan Karpal singh agar bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. ia mempunyai muslihat untuk melemahkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang kedudukannya begitu eklusif dalam perlembagaan. Beberapa bulan lalu, semua masih ingat, Raja melayu dihina begitu teruk oleh pemimpin pembangkang,yang belum pernah berlaku dalam sejarah.



Dalam isu ketuanan melayu, Awang pelik mengapa DAP perlu takut kepada konsep tersebut yang sesungguhnya menjadi pelindung terbaik kepada kaum lain. Tiada negara lain dalam dunia, yang kaum majoriti dan teras begitu pemurah kepada kaum minoriti.

Hari ini yang menjadi tuan sebenarnya adalah kaum lain terutama yang menguasai ekonomi. Majoriti rakyat miskin dan ketinggalan masih kekal di kalangan orang melayu di semenanjung dan bumiputradi Sabah dan sarawak. Ternyata pengorbanan melayu membenarkan pemberian taraf kewarnegaraan kepada bukan melayu dan merelakan kaum lain menguasai kekayaan, mula dibalas dengan pengkhianatan.

Aeperti juga kulasegaran, Awang pun tidak takut dengan mana-mana pemimpin DAP yang semakin jadi kaduk naik junjung dan menolak realitisejarah. Memandangkan, tindakan DAP semakin melampau, dicadangkan Kulasegaran dan Kor Ming berhijrah sahaja ke negara lain. Hiduplah di negara yang tiada pun bayang-bayang kedaulatan melayu.



Beliau boleh tinggal di india, yang masyarakat terasnya adalah penganut agama hindu yang selalu dikaitkan dengan kedaulatan india. Atau boleh hidup di singapura, taiwan dan hong kong yang segala-galanya dikausai oleh kaum cina. Kalau mahu hidup dan mati di Amerika syarikat, britain dan austaralia-negara supremasi orang putih juga menarik.

Tatapi kalau mahu terus tinggal di malaysia, Awang sarankan agar kulasegaran dan kor ming dikenakan tahanan di bawah akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) atau tindakan undang-undang sebagaimana diambil oleh kerajaan singapura terhadap pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Membiarkan sahaja mereka membangkitkan sentimen kaum berbahaya hanya akan mengundang risiko besar kepada keharmonian negara.

Banyak pemimpin kaum Minoriti diluar negara begitu menjunjung perlembagaan negara mereka. Presedin amerika syarikat, Barrack obama sebagai contoh mempertahankan perlembagaan AS sejak di awal penglibatan dalam politik dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut.

Anehnya, pemimpin DAP tidak begitu. Mereka terlalu rasis dengan berselindung di sebalik laungan demokrasi. Dalam hubungan ini, Awang ingin bertanya bagaimana keadaannya pula jika kepentingan kaum lain dipersoalkan secara agresif kerana banyak perkara yang boleh dilihat tidak adil kepada melayu dan bumiputra ????
( 10 ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA )

(1. ROBERT KUOK )

(2. ANANDA KRISHNAN )

(3. LEE SHIN CHENG )

(4. LEE KIM HUA )

(5. TEH HONG PIOW )

(6.QUEK LENG CHAN )

(7.YEOH TIONG LAY)

(8.SYED MOKHTAR ALBUKHARY )

(9.TIONG HIEW KING )

(10.VINCENT TAN )
Akhirnya yang akan menjadi magsa adalah majoriti rakyat semua kaum yang mahu hidup harmoni. Sebarang kegagalan menangani isu sedemikian akan memercikkan ekstrenisme kaum. Kebanyakan orang melayu kini berdiam tetapi bukan bererti mereka akur. Apabila tiba masanya, kesabaran yang panjang itu dikhuatiri meledakkan padah yang pasti memudaratkan negara.

Awang sentiasa bercampur gaul dengan golongan melayu akar umbi meliputi semua parti dan dapat merasakan sentimen mereka yang meluap-luap. Janganlah ambil mudah kesabaran dan kemurahan hati orang melayu. Apakah pemimpin DAP seperti kulasegaran dan kor ming akan bertanggungjawab apabila tiba saat ledakan itu nanti???/

Sunday, December 13, 2009

BALA YANG MENIMPA ORANG MELAYU...


Alfatihah buat mangsa yang terbunuh di dalam kejadian di KB Mall Kelantan. Agak pelik bagaimana kereta itu boleh merempuh masuk ke dalam KB Mall. Tetapi Jebat yakin dengan ketentuan Allah s.w.t. Kalau itu yang ditakdirkan begitulah jadinya. Jebat ucapkan takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan ujian Allah.

Benar pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Tidak sesekali Jebat mahu mempolitikkan kejadian ini kerana ianya melibatkan nyawa dan kesedihan orang lain cuma alangkah eloknya Nik Aziz mendoakan kesejahteraan rakyat Kelantan daripada terus mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri.

Jebat tidak mahu berbicara panjang isu ini kerana tidak mahu menyentuh kesedihan hati keluarga mangsa dan tidak mahu mempolitikkan isu ini cuma Jebat minta kita semua renungkan adakah tindakan Nik Aziz mendoakan bala itu tertumpah kepada dirinya sendiri? Allah maha adil dan bijaksana..Alfatihah

MELAYU AKAN HANCUR MELAYU?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mendapat kelulusan penubuhannya yang ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Jebat tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

INGATAN UNTUK ORANG MELAYU





Utusan Malaysia


Masih adakah ketuanan Melayu?


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee



Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu, tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan.

Pada mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya.

Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara 'tuan' dengan 'hamba' sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu.

Jika orang Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat 'hamba-hamba' ini untuk berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Islam.

Malah dana zakat turut mahu diambil.Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia.

Parti ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan yang sama di sana.Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.IstilahKetuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli.

Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia. Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan Melayu ini.

Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi.

Ketuanan inilah yang menyatukan mereka.Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka, masya-Allah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka.

Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam?

Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan?

Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi sedikit.

Sedikit itu kemenangan besar.Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

Pernahkah kita bertanya kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan? Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak bukan Islam.Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun sedikit sangat.

Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu dilaungkan?Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh.

Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam?

Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya.ToleransiToleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain, kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu ditonjolkan di Malaysia.

Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita, mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam.

Adalah amat tidak logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang bilangannya melebihi 55 peratus.

Friday, December 11, 2009

Kenduri Kahwin Rumah Kak Rah

<
Tuan rumah kak rah menanti kehadiran tetamu


(Anak lelaki kak rah.. FAUZI ( Pemuda UMNO Caw Kg. Trosor)

Satu majlis kenduri perkahwinan anak perempuan puan Mujaherah @ kak rah (AJK Umno Cawangan Kampung Trosor ) telah diadakan pada 12.12.2009 bertempat di kampung trosor. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Umno Bahagian Sungai Siput Yg.Bhg Dato Zulkifli b Hj Haron.UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ke majlis tersebut. Moga majlis direstui oleh Allah s.w.t.....Amin....

Ketua UMNO Bahagian sedang berbaris bersama rakyat mencedok makanan



<




<Orang kuat Dato Zul