Sunday, March 21, 2010

PROGRAM MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT

Program Mahasiswa bersama masyarakat (Muafakat) telah di adakan bersama-sama masyarakat orang asli di Perkampungan Orang asli Pos Perwor pada 20 Mac 2010. Program ini dianjurkan oleh PELAJAR-PELAJAR KHIDMAT MASYARAKAT TAHUN 1 (SET 8 ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Program ini telah dirasmikan oleh YB. DATUK AHAMAD BIN PAKEH ADAM, ADUN LINTANG PERAK DARUL RIDZUAN.

Sunday, February 7, 2010

KONVOI KE LATA KINJANG, TAPAH.


07hb Februari 2010, Pemuda rakan masjid telah mengadakan konvoi bermotosikal ke LATA KINJANG TAPAH pada jam bermula dari kampung Trosor 9.30 pagi dan tiba ke AIR TERJUN LATA KINJANG TAPAH pada jam 12.00 tengah hari.

Seramai 20 orang yang mengikuti konvoi tersebut dengan 13 biji motosikal dan sebuah 4 x 4 selaku kenderaan pengiring. Konvoi berhenti rehat pada jam 11.30 pagi di Tapah untuk menikmati sarapan tengah hari.. Makan disponsor oleh penganjur. Konvoi bertolak pulang tepat pada jam 3.00 petang melalui jalan kuala dipang-sungai siput selatan. Konvoi tiba di Kampung Trosor pada jam 7.00 petang setelah bersiar-siar di Bandaraya Ipoh.

Makan tengah hari disponsor oleh penganjur
Orang kuat Rakan Masjid
"INSPEKTOR SAHAB"

Sunday, January 31, 2010

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW RAKAN MASJID
 AT-TARSAWIAH KAMPUNG TROSOR.

Kejohanan sepaktakraw anjuran RAKAN MASJID AT-TARSAWIAH KAMPUNG TROSOR telah berlangsung pada 31 Januari 2010 bertempat di gelanggang sepaktakraw Kampung Talang Trosor pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.

UMNOKAMPUNGTROSOR : mengucapkan tahniah atas penganjuran kejohanan tersebut moga dengan adanya program sebegini dapat memperatkan lagi silaturrahim tanpa mengira latar belakang politik.

Urusetia Pertandingan



Penasihat & Pengerusi pertandingan ( EN. HAMIRI & EN. AMIR )



Wednesday, January 27, 2010

AMARAN !!! AMARAN !!! AMARAN !!!



DS HISHAM bagi amaran lagi... Lagi-lagi amaran... bila nak ambil tindakannya DS HISHAM....Nak tunggu apa lagi... Takkan nak biarkan BABI-BABI tu buang kepala BABI atas mimbar plak.. Kita mengharapkan DS HISHAM tolong jagi bagi terlampau banyak sangat amaran...amaran... amaran... Kita perlukan tindakan dengan masukkan mereka yang BABI ini kedalam ISA... Kuasa di tangan DS HISHAM. BABI ini mungkin menyerupai ADUKA TARUNA agaknya kot. Takkan nak biarkan BABI-BABI ini mintak maaf jugak.






Kejadian melempar KEPALA BABI HUTAN ke kawasan MASJID IMAM AT-TIRMIZI di Sri Sentosa dan MASJID JUMHURIAH Taman Datuk Harun telah menyebabkan kemarahan umat islam di seluruh negara. Jangan kita harap ler kutukan dari PAKATAN RAKYAT tenang isu ini. Adakah PAKATAN RAKYAT itu juga BABI-BABI.? Nak harapkan PAS ambil tindakan? Jangan haraplah. Baik lah diaorang jaga kawasan mengundi.

Sunday, January 3, 2010

GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA
Satu majlis gotong royong memasak bubuk asyura telah diadakan di perkarangan Surau Putih Ismail pada jam mula 8.00 pagi pada 03 Januari 2010 sempena sambutan Awal Muharam. Sebanyak hampir lebih kurang RM1,000 telah berjaya dikutip hasil sumbangan penduduk kampung Trosor.

Diharap pada masa-masa yang akan datang program ini dapat menarik seberapa ramai golongan muda dalam gotong royong memasak bubur asyura ini. Kurang-kurang pun dapatlah mereka-mereka ini belajar dan mewariskan masakan tradisi ini kepada mereka.


Kelihatan Penghulu Mukim Pulau Kemiri ( Baju oren ) turut hadir

Ketua Kampung ( En Mahalil - tanpa topi ) juga hadir memeriahkan majlis

Wednesday, December 30, 2009

PROGRAM JALINAN RAKYAT & DAFTAR PEMILIH
Program Jalinan Rakyat dan Daftar Pemilih telah diadakan pada 29 Disember 2009 bertempat di Dewan Abdul Malik Alwi jam mula pada 2.30 petang. Seramai lebih kurang 150 orang telah menghadiri program ini yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor dengan dibantu oleh Umno Cawangan Kampung Trosor.
Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Wanita Umno Bahagian, Naib Ketua Wanita Umno Bahagian bersama sama dengan AJK Wanita Umno Bahagian dan AJK Puteri Umno Bahagian. Pelbagai acara telah diadakan antaranya boling buah kelapa, Tiup belon, acara mumia dan sebagainya serta juga telah diadakan kaunter DAFTAR PEMILIH untuk penduduk Kampung Trosor yang belum berdaftar dengan SPR.

Semoga dengan adanya program sebegini dapatlah kita bersama-sama rakyat beramah mesra dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan penduduk kampung Trosor dan pemimpin-pemimpin di Bahagian.
UMNO KAMPUNG TROSOR mengucapkan syabas dan tahniah atas program yang dianjurkan oleh Wanita Umno Cawangan Kampung Trosor.

Acara Tiup Belon


Antara orang kuat Wanita Umno Kampung Trosor

Orang2 kuat wanita Umno


Acara Boling Padang





Acara mumia



Wakil Umno Bahagian (En. Abdul Wahedd)


Pertandingan Gubahan Kuih Muih






Kuanter daftar Pemilih


Ketua Wanita Umno Bahagian ( Pn. Sharifah Tamin )


( Kak Roo pun Ada bersama-sama program ini )

( Kelihatan Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Changkat Limau- En HAMIRI bersama-sama Puteri Umno dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian di kaunter daftar pemilih )