Sunday, December 13, 2009

BALA YANG MENIMPA ORANG MELAYU...


Alfatihah buat mangsa yang terbunuh di dalam kejadian di KB Mall Kelantan. Agak pelik bagaimana kereta itu boleh merempuh masuk ke dalam KB Mall. Tetapi Jebat yakin dengan ketentuan Allah s.w.t. Kalau itu yang ditakdirkan begitulah jadinya. Jebat ucapkan takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan ujian Allah.

Benar pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Tidak sesekali Jebat mahu mempolitikkan kejadian ini kerana ianya melibatkan nyawa dan kesedihan orang lain cuma alangkah eloknya Nik Aziz mendoakan kesejahteraan rakyat Kelantan daripada terus mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri.

Jebat tidak mahu berbicara panjang isu ini kerana tidak mahu menyentuh kesedihan hati keluarga mangsa dan tidak mahu mempolitikkan isu ini cuma Jebat minta kita semua renungkan adakah tindakan Nik Aziz mendoakan bala itu tertumpah kepada dirinya sendiri? Allah maha adil dan bijaksana..Alfatihah

No comments:

Post a Comment