Tuesday, December 15, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431



SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431

Kepada
Semua Pengunjung blog, sahabat dan kenalan semuanya, semuga
ceria dan bahagia selalu hendaknya.
Buat semua umat Islam, semoga tahun baru 1431 hijrah ini mengukuhkan keimanan,
dimurahkan rezeki & dilimpahkan keberkatan, menambahkan nilai-nilai pengorbanan,
persahabatan, setiakawan, cintakan agama serta berjihad kerana Allah

Semoga Allah menyekat segala perbuatan jahat yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka yang zalim di kalangan manusia, jin dan syaitan. Dengan itu amalan rasuah dan fitnah akan dapat dikurangkan, selepas itu dapatlah kita berkongsi khazanah Malaysia yang kaya raya ini dengan adil dan saksama.

Di dalam kehidupan manusia di dunia, khasnya di Malaysia. Sesungguhnya kita memerlukan kesanggupan untuk berkongsi kesusahan dan kesenangan, tanpa sifat ini kehidupan generasi akan datang akan melalui laluan yang sukar dan susah .

Kiranya kita hanya berebut-berebut untuk memenuhi tembolok dan perut masing-masing, akhirnya nanti yang di dalam perut akan pecah terburai dan yang di dalam tembolok akan terpancut keluar menjadi bahan semburan yang kotor dan jijik ke atas anak-anak dan generasi yang akan datang.

Jika bersyukur Allah akan menambah dan melimpahkan lagi rezeki-Nya, bersyukur dalam arti kata sentiasa mematuhi dan merujuk kepada al.Quran dan as.Sunnah

1 comment:

  1. SLM MAAL HIJRAH KPD TUAN DAN RAKAN2 LAIN. SEMOGA PENGHIJRAHAN DI TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DI SAMPING MERAPATKAN UKHUWAH SESAMA UMMAH DEMI MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..INSYALLAH

    ReplyDelete