Monday, December 14, 2009

MALAYSIA MENUJU REPUBLIK ? ? ? ? ?

Awang Selamat...

Mingguan Malaysia ( 13 / 12 / 2009 )

Mengapa konsep ketuanan melayu yang tidak dilaung-laungkan oleh masyarakat melayu kebelakangan ini dijadikan isu oleh DAP???
Apakah ia sebagai satu lagi strategi untuk menutup banyak kepincangan pembangkang dan menjelang perbicaraan kes liwat Anwar ibrahim, yang awang lebih condong percaya begitu..

Semua tahu bahawa DAP amat memerlukan Anwar bagi memecahkan struktur melayu yang menjadi pasak negara ini.



Selepas menyerang biro tata negara, parti itu mencetuskan sekali lagi isu ketuanan melayu. Hujahnya tetap sama kononnya ketuanan melayu tidak adil dan menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah naib pengerusi DAP, m.kulasegaran menyatakan dia akan terus membangkitkan isu itu sampai bila-bila dan tidak takut dengan sesiapa pun.



Sudah banyak kali awang perjelaskan bahawa ketuanan melayu tidak pernah menjadikan melayu tuan dan bukan melayu sebagai hamba. Ketuanan melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan raja-raja melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama islam, istiadat melayu dan bahasa melayu. Ketuanan melayu bersandarkan perlembagaan negara. Apakah para pemimpin DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysia-Malaysian kini menolak kedudukan raja-raja dan mahu menjadikan Malaysia negara republik?????

Tetapi disebabkan rasa terdesak DAP kerana perkembangan politik tidak memihak kepada pembangkang, banyak perkara tersirat sudah menjadi tersurat. Semakin banyak petunjuk memperlihatkan persiapan DAP begitu sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan.



Tindakan seorang lagi pemimpin DAP, Nga kor ming mempersoalkan peruntukan pembinaan banyak masjid berbanding rumah ibadat lain, adalah satu lagi cubaan untuk menafikan kedudukan islam sebagai agama rasmi. ( ia sebenarnya selari dengan pendirian para pemimpin parti berkenaan yang menolak malaysia sebagai negara islam ).









Kenyataan Kor ming memang melampau !!!! dan tidak boleh diterima sama sekali. Begitu juga cadangan Karpal singh agar bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. ia mempunyai muslihat untuk melemahkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang kedudukannya begitu eklusif dalam perlembagaan. Beberapa bulan lalu, semua masih ingat, Raja melayu dihina begitu teruk oleh pemimpin pembangkang,yang belum pernah berlaku dalam sejarah.



Dalam isu ketuanan melayu, Awang pelik mengapa DAP perlu takut kepada konsep tersebut yang sesungguhnya menjadi pelindung terbaik kepada kaum lain. Tiada negara lain dalam dunia, yang kaum majoriti dan teras begitu pemurah kepada kaum minoriti.

Hari ini yang menjadi tuan sebenarnya adalah kaum lain terutama yang menguasai ekonomi. Majoriti rakyat miskin dan ketinggalan masih kekal di kalangan orang melayu di semenanjung dan bumiputradi Sabah dan sarawak. Ternyata pengorbanan melayu membenarkan pemberian taraf kewarnegaraan kepada bukan melayu dan merelakan kaum lain menguasai kekayaan, mula dibalas dengan pengkhianatan.

Aeperti juga kulasegaran, Awang pun tidak takut dengan mana-mana pemimpin DAP yang semakin jadi kaduk naik junjung dan menolak realitisejarah. Memandangkan, tindakan DAP semakin melampau, dicadangkan Kulasegaran dan Kor Ming berhijrah sahaja ke negara lain. Hiduplah di negara yang tiada pun bayang-bayang kedaulatan melayu.



Beliau boleh tinggal di india, yang masyarakat terasnya adalah penganut agama hindu yang selalu dikaitkan dengan kedaulatan india. Atau boleh hidup di singapura, taiwan dan hong kong yang segala-galanya dikausai oleh kaum cina. Kalau mahu hidup dan mati di Amerika syarikat, britain dan austaralia-negara supremasi orang putih juga menarik.

Tatapi kalau mahu terus tinggal di malaysia, Awang sarankan agar kulasegaran dan kor ming dikenakan tahanan di bawah akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) atau tindakan undang-undang sebagaimana diambil oleh kerajaan singapura terhadap pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Membiarkan sahaja mereka membangkitkan sentimen kaum berbahaya hanya akan mengundang risiko besar kepada keharmonian negara.

Banyak pemimpin kaum Minoriti diluar negara begitu menjunjung perlembagaan negara mereka. Presedin amerika syarikat, Barrack obama sebagai contoh mempertahankan perlembagaan AS sejak di awal penglibatan dalam politik dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut.

Anehnya, pemimpin DAP tidak begitu. Mereka terlalu rasis dengan berselindung di sebalik laungan demokrasi. Dalam hubungan ini, Awang ingin bertanya bagaimana keadaannya pula jika kepentingan kaum lain dipersoalkan secara agresif kerana banyak perkara yang boleh dilihat tidak adil kepada melayu dan bumiputra ????
( 10 ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA )

(1. ROBERT KUOK )

(2. ANANDA KRISHNAN )

(3. LEE SHIN CHENG )

(4. LEE KIM HUA )

(5. TEH HONG PIOW )

(6.QUEK LENG CHAN )

(7.YEOH TIONG LAY)

(8.SYED MOKHTAR ALBUKHARY )

(9.TIONG HIEW KING )

(10.VINCENT TAN )
Akhirnya yang akan menjadi magsa adalah majoriti rakyat semua kaum yang mahu hidup harmoni. Sebarang kegagalan menangani isu sedemikian akan memercikkan ekstrenisme kaum. Kebanyakan orang melayu kini berdiam tetapi bukan bererti mereka akur. Apabila tiba masanya, kesabaran yang panjang itu dikhuatiri meledakkan padah yang pasti memudaratkan negara.

Awang sentiasa bercampur gaul dengan golongan melayu akar umbi meliputi semua parti dan dapat merasakan sentimen mereka yang meluap-luap. Janganlah ambil mudah kesabaran dan kemurahan hati orang melayu. Apakah pemimpin DAP seperti kulasegaran dan kor ming akan bertanggungjawab apabila tiba saat ledakan itu nanti???/

No comments:

Post a Comment